1L Putih Telur

Putih telur cair boleh digunakan sebagai pengganti dalam hidangan yang menggunakan telur. Oleh kerana kolesterol dan lemak terkumpul di bahagian kuning telur, putih telur cair bebas daripada lemak dan kolesterol dan ia mengandungi kandungan protein yang tinggi. Anda boleh menggunakannya di dalam mana-mana hidangan kegemaran anda sewaktu menggoreng, memanggang, mengukus, menjerang atau merebus. Campurkan atau Blend ke dalam jus, minuman sejuk atau minuman panas anda.